Tuesday, March 1, 2011

CINTA SAMPAI SYURGA

Untuk kali keduanya CINTA SAMPAI SYURGA menjadi permintaan peminat coklat..dan ade beberapa orang lagi yang sudah booking..menarik kah?dan yang peliknya..tempahan nye tetap inginkan coklat yang berwarna-warni..hmm..

Alkisahnya coklat ni bermula semasa kedai kami baru sahaja dirasmikan, datang seorang ustaz muda ingin menempah coklat untuk dihadiahkan buat isteri yang baru dinikahinya..hadiah-hadiah hantaran serta cenderahati majlis semua dah ditempah sebab esoknya dah majlis.tapi pada hari pembukaan dia datang dia tetap tertarik nak buat coklat yang lebih special untuk kekasih hatinya tu..mula nak tulis ayat-ayat biase je (macam luv u forever.dll..)..kemudian dia pun pulang..tetiba petang tu sebelum kedai ditutup dia datang semula nak tukar kepada CINTA SAMPAI SYURGA..romantik kan...heheheh..kemudian bile coklat tu ada dalam catalog kami, ramai la yang sukakan ayat yang penuh makna tu..dan yang peliknya semua pon nak warna-warni macam ustaz 2 nak...huhuhu..

Tak kisahlah..yang penting doa semua orang supaya cinta mereka sampai ke syurga dimakbulkan..kami juga tumpang gembira..Amiinnn...

No comments:

Post a Comment